
Agong, Permaisuri zahir takziah pemergian V. Krishnasamy
KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pemain bola sepak negara, V. Krishnasamy yang meninggal dunia semalam.
Dalam kenyataan di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian legenda bola sepak kebangsaan itu yang pernah menyinari persada sukan tersebut pada era 70-an, serta berharap seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu.
“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat dan bakti mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara. Jasa dan pengorbanan mendiang akan terus dikenang,” demikian menurut kenyataan itu.
Menurut hantaran itu, mendiang mewakili Malaysia sebagai pemain tengah dari 1970 hingga 1976 dan merupakan anggota skuad Olimpik 1972 di Munich.
Krishnasamy yang pernah mewakili Pulau Pinang dan Perak serta Jabatan Penjara Malaysia, pernah digelar ‘Iron Man’ susulan kepantasannya kembali beraksi selepas setiap kali mengalami kecederaan. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG
DUYONG 21 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi...
AKSI TEMPUR, LOMPAT API GEGARKAN SAMBUTAN MERDEKA MELAKA
SUNGAI UDANG 22 Ogos - Aksi lompatan merentasi api dan pemusnahan papan menjadi antara elemen baharu yang bakal dipersembahkan 64...
GELOMBANG 30,000 ANAK MUDA BAKAL GEGAR MITC
AYER KEROH 22 Ogos - Lebih 30,000 belia dijangka membanjiri Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi memeriahkan Karnival Anak Muda...
UMIS@UNIMEL: TRANSFORMASI UNIVERSITI DIGITAL, LESTARI
KUALA LINGGI 22 Ogos - Pelaksanaan UMIS@UNIMEL (University Management Information System) bakal menjadikan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sebagai sebuah institusi...
800 ANGGOTA POLIS BERTUGAS, PASTIKAN KELANCARAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DI KLEBANG
AYER KEROH 22 Ogos – Kira-kira 800 anggota polis akan digerakkan bagi memastikan aspek keselamatan dan kelancaran lalu lintas sempena...

