
SPRM lancar lima bilik gerakan beroperasi 24 jam sehari sepanjang PRN Sarawak
KUCHING, 6 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan lima bilik gerakan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Dalam satu kenyataan SPRM berkata, bilik gerakan di Pejabat SPRM Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang itu akan beroperasi selama 24 jam sehari sepanjang tempoh PRN berlangsung.
“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected],” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, SPRM turut mengingatkan agar calon dan parti politik bertanding tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RENTAK PERAHU NAGA SERLAH MAGIS SUNGAI MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga 2026 terus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan apabila berjaya menarik...
PERLUMBAAN PERAHU NAGA ANGKAT SUNGAI MELAKA DESTINASI BERPRESTIJ SUKAN AIR
BANDA HILIR 28 Jun - Sungai Melaka terus membuktikan keupayaannya sebagai destinasi berprestij acara sukan air bertaraf antarabangsa apabila berjaya...
INDUSTRI NANAS MELAKA TERUS BERKEMBANG
BANDA HILIR 28 Jun - Industri nanas di Melaka terus mencatat perkembangan memberangsangkan apabila keluasan tanaman komoditi itu meningkat lebih...
1,000 PESERTA MERIAHKAN KARNIVAL CERIA SIMPAN SSPN
BANDARAYA MELAKA 28 Jun - Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) 2026 berlangsung dalam suasana meriah dengan penglibatan kira-kira 1,000 orang...
MELAKA PERUNTUK RM4.41 JUTA PERKASA PROGRAM PEMULIHAN OKU
SERKAM 28 Jun - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM4.41 juta bagi menyokong pelaksanaan Program Pemulihan Dalam...
360 CALON SPM MELAKA NIKMATI TUISYEN MATEMATIK TAMBAHAN PERCUMA
MERLIMAU 28 Jun - Seramai 360 pelajar Tingkatan Lima di Melaka bakal menikmati tuisyen Matematik Tambahan secara percuma menerusi Program...
