Sorting by

×

MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

ASAHAN 12 Mei – Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah keluarga dari Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Seraya, di sini.

Roslee Ahat, 62, berkata, dengan ternakan itulah dia mampu menyediakan kediaman selesa dan pendidikan terbaik untuk anak-anaknya.

Menurutnya, daripada bermula dengan satu log atau sarang lebih kelulut, kini, ternakan itu terus berkembang kepada 60 log yang diusahakan di depan rumah dan kebunnya.

“Kebiasaannya, setiap kali musim tuaian, saya boleh memperoleh sehingga 30 kilogram (kg) madu kelulut dan setahun sebanyak lebih 100kg madu kelulut boleh dihasil dan dibotolkan sebelum dijual.

“Harga yang dijual adalah RM200 bagi sebotol madu kelulut anggaran 1.2 liter dan berat lebih sekilogram. Saya tidak menjualnya secara dalam talian, sebaliknya sudah mempunyai pelanggan tersendiri yang mahu mendapatkan madu kelulut asli dan berkualiti tinggi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Madu
ROSLEE menunjukkan cara mengambil madu kelulut dari sarang. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurutnya, selain menggunakan modal sendiri bagi penternakan lebah kelulut itu, dia turut mendapat bantuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Pertanian Negeri Melaka dan sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan.

Jelasnya, lebah kelulut yang diternak mempunyai pelbagai jenis dan setiap daripadanya menghasilkan kualiti dan jenis madu yang berbeza.

Sehingga kini, ujarnya, dia menternak empat jenis lebah kelulut iaitu dagung , itama, muncung putih dan kristal (mengikut panggilan tempatan).

“Walaupun dahulu saya lebih berminat mencari madu lebah biasa dengan memanjat pokok, namun seiring usia, saya melihat penternakan kelulut ini mempunyai potensi besar kerana khasiatnya 10 kali ganda berbanding madu biasa,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

372
Kongsi :
Previous post MAIM BAWA SINAR BAHARU BUAT KELUARGA ASNAF MUALAF
Next post MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH