
Pemilik kenderaan terjejas banjir dinasihat buat sendiri laporan polis
SHAH ALAM, 25 Dis – Polis menasihati pemilik kenderaan yang terjejas akibat banjir untuk membuat sendiri laporan dan bukannya diwakili oleh pihak ketiga selain mengambil gambar dan maklumat lengkap keadaan kenderaan serta maklumat syarikat yang menunda.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata untuk memudahkan proses laporan, beliau menasihatkan pemilik kereta untuk mengenal pasti kedudukan terkini kenderaan dan kedudukannya sebelum dibawa oleh air banjir.
“Sekiranya kenderaan itu hilang atau dipecah, senaraikan juga apa barang berharga yang hilang dalam kenderaan,” katanya pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 hari ini.
Selain itu, katanya pemilik kenderaan perlu mendapatkan maklumat berkenaan pihak yang menunda kenderaan mereka sama ada dari pihak berkuasa tempatan atau syarikat tunda serta lokasi di mana kenderaan itu akan dibawa.
Abd Jalil juga mengingatkan kepada pemillik kenderaan untuk mengambil gambar kenderaan sebelum ditunda dan gambar trak tunda yang digunakan untuk rujukan syarikat insurans.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PH MELAKA MUKTAMAD TARIK DIRI DARIPADA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
MELAKA 16 Julai - Pakatan Harapan (PH) Melaka hari ini mengumumkan keputusan muktamad menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri susulan...
USAHAWAN MELAKA PERLU BERANI TEROKA PASARAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 16 Julai - Anak Melaka yang terlibat dalam bidang keusahawanan perlu memiliki kemahuan untuk terus maju dalam perniagaan,...
‘MELAKA INDUSTRIAL BOOSTER’ LANCARKAN PERMOHONAN PELABURAN LEBIH RM400 JUTA
BANDARAYA MELAKA 16 Julai - Sejak diperkenalkan pada 2023 inisiatif 'Melaka Industrial Booster' (MIB) telah memudahkan urusan permohonan pelaksanaan projek...
PERUSAHAAN MIKRO PEMANGKIN PERKEMBANGAN EKONOMI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 16 Julai - Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 'melabur' sebanyak RM1.2 juta bagi membantu perusahaan mikro, kecil...
SEKTOR SEMIKONDUKTOR SUMBANG RM17.6 BILION KEPADA EKONOMI MELAKA
BANDA HILIR 16 Julai - Industri semikonduktor terus menjadi pemacu utama ekonomi Melaka apabila sektor itu menyumbang sebanyak RM17.6 bilion...
MELAKA SOKONG INISIATIF PEMERKASAAN PERUSAHAAN MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA
BANDARAYA MELAKA 16 Julai - Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) menjadi tunjang kepada perkembangan ekonomi negara termasuk Negeri Melaka....
