
Pemilik kenderaan terjejas banjir dinasihat buat sendiri laporan polis
SHAH ALAM, 25 Dis – Polis menasihati pemilik kenderaan yang terjejas akibat banjir untuk membuat sendiri laporan dan bukannya diwakili oleh pihak ketiga selain mengambil gambar dan maklumat lengkap keadaan kenderaan serta maklumat syarikat yang menunda.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata untuk memudahkan proses laporan, beliau menasihatkan pemilik kereta untuk mengenal pasti kedudukan terkini kenderaan dan kedudukannya sebelum dibawa oleh air banjir.
“Sekiranya kenderaan itu hilang atau dipecah, senaraikan juga apa barang berharga yang hilang dalam kenderaan,” katanya pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 hari ini.
Selain itu, katanya pemilik kenderaan perlu mendapatkan maklumat berkenaan pihak yang menunda kenderaan mereka sama ada dari pihak berkuasa tempatan atau syarikat tunda serta lokasi di mana kenderaan itu akan dibawa.
Abd Jalil juga mengingatkan kepada pemillik kenderaan untuk mengambil gambar kenderaan sebelum ditunda dan gambar trak tunda yang digunakan untuk rujukan syarikat insurans.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
NENEK BERTONGKAT, ATUK BERKERUSI RODA GAGAH RAI MERDEKA
KLEBANG 31 Ogos - Langkah mungkin perlahan, namun semangat merdeka pasangan warga emas dari Bukit Katil ini tetap membara apabila...
