Banjir-Siap sedia jika ada gelombang kedua di Melaka

Masa Membaca:59 Saat

LUBOK CHINA 25 Dis- Dalam tempoh sebulan, semua penduduk di kawasan rendah dan terjejas banjir di Melaka diarah bersiap siaga sekiranya berlaku banjir gelombang kedua.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata peringatan tersebut berdasarkan ramalan kaji cuaca yang mana akan berlaku hujan ribut dalam tempoh sebulan ini.

Selain itu, Sulaiman turut mengarahkan agensi-agensi kerajaan yang terbabit dalam bencana banjir untuk melaksanakan segera pembersihan, pembaikan serta selenggara kawasan yang terjejas banjir minggu lalu.

SEKITAR penyerahan bantuan dalam Misi Pasca Banjir di Taman Wira Indah kepada penduduk terjejas banjir di Lubok China, hari ini

“Saya takut jika berlaku gelombang kedua dalam tempoh sebulan, jadi saya minta penduduk sentiasa peka dengan perkembangan cuaca di kawasan masing-masing.

“Penduduk di kawasan rendah, jika di arahkan berpindah oleh pihak berkuasa serta pejabat daerah, segera lakukannya.

”Pejabat daerah pula pula sentiasa konsisten dalam memberi maklumat dan arahan kepada penduduk agar gerak kerja dalam berhadapan banjir dapat dilakukan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pelepasan Misi Pasca Banjir Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

767
Kongsi :
Previous post Banjir: 237 rumah terjejas terima bantuan kelengkapan asas
Next post Pemilik kenderaan terjejas banjir dinasihat buat sendiri laporan polis
Ubah saiz-+=