
Jangan sebar tidak rasmi berhubung kesihatan Tun M – Annuar
KUALA LUMPUR, 23 Jan – Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang berita mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, melainkan ia berdasarkan sumber keluarga atau hospital secara rasmi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau sebaliknya meminta orang ramai mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan rawatan Dr Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN) ketika ini agar negarawan itu segera sembuh.
“Hormati situasi keluarga Tun Dr Mahathir saat ini,” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.
Sejak semalam, pengamal media mula berkumpul di perkarangan IJN bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir.
Bagaimanapun anak Ahli Parlimen Langkawi itu Datin Paduka Marina memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas.
Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan dan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut berkenaan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Jan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 20,000 RUMAH MAMPU MILIK SIAP DIBINA DI MELAKA
AYER KEROH 15 Mei - Sebanyak 20,192 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sudah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM)...
DEWAN ‘RAJA SEHARI’ PALING BERBALOI DI AYER KEROH
AYER KEROH 15 Mei – Bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan di lokasi eksklusif dengan pelbagai fasiliti lengkap wajar mempertimbangkan...
KARNIVAL HEBADS 2026 CETUS GENERASI BERANI KATAKAN TIDAK KEPADA BULI, DADAH
MASJID TANAH 15 Mei - Karnival Hentikan Buli, Anti Dadah, Rokok/Vape dan Jenayah Seksual (HeBADS) Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MAIM REKOD 41 INDIVIDU PELUK ISLAM DI MELAKA TAHUN INI
BUKIT KATIL 15 Mei - Seramai 41 saudara baharu telah direkod memeluk Islam dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam...
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
