
Program Sentuhan Rakyat selami masalah penduduk
RIM 13 Ogos – Kampung Simpang Bekoh melaksanakan inisiatif sebagai kampung pertama yang mewujudkan Program Sentuhan Rakyat bersama masyarakat, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Wira Ghazale Muhammad berkata, program itu bertujuan mendekati masyarakat akan permasalahan yang dihadapi mereka.
“Saya percaya usaha ini dapat mendekatkan masyarakat dengan pemimpin serta wakil rakyat untuk berjumpa sendiri penduduk.
“Melalui konsep ini, penduduk dapat meluah sendiri masalah mereka kepada setiap agensi yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Sentuhan Rakyat DUN Rim dan Jabatan Kerajaan di Balairaya Simpang Bekoh, hari ini.
Ujarnya, semua agensi terlibat diharap terus peka dengan permasalahan dihadapi penduduk kampung tersebut.
“Saya sarankan supaya wujudkan kaunter aduan bergerak bagi memudahkan penduduk khususnya di kampung,” katanya lagi.
Antara agensi terlibat, Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin (PDTJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), JKM dan lain-lain.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
