
Lelaki maut ditikam isteri
SEREMBAN, 23 Jan – Seorang lelaki maut disyaki ditikam isteri sendiri di sebuah rumah di Rasah Kemayan, Seremban 2 di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian kira-kira 4.11 petang itu berkata mangsa yang berusia 55 tahun ditemukan maut di dapur rumah berkenaan selepas disyaki ditikam dua kali di bahagian dada serta pinggang oleh isterinya yang juga berusia 55 tahun.
“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah terima panggilan MERS 999 daripada anak perempuan mangsa berumur 18 tahun membuat aduan seorang lelaki ditikam di bahagian dada dipercayai suspek adalah isteri mangsa di Rasah Kemayan, Seremban 2.
“Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa terdapat dua kesan tikaman di dada kiri dan pinggang kiri. Mangsa dan isteri mempunyai empat orang anak. Pada ketika kejadian anak ketiga dan keempat merupakan saksi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, motif kejadian berpunca daripada masalah kewangan dan polis menahan isteri mangsa serta senjata tajam turut dirampas. Wanita itu akan direman esok.
Beliau berkata bedah siasat mangsa akan dilakukan esok.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘PEGANG IKRAR JAGA KESELAMATAN MASYARAKAT’
SERI NEGERI 25 Ogos - "Penganugerahan ini menjadi pemangkin buat saya untuk terus berbakti dengan lebih komited, sekali gus memastikan...
‘HADIAH UNTUK SELURUH WARGA MPHTJ’
SERI NEGERI 25 Ogos – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHT) Datuk Sapiah Haron, menganggap anugerah Darjah Pangkuan...
CHEK YAH TERHARU, JASA DAN BAKTI MASIH DIKENANG
SERI NEGERI 25 Ogos - "Ini adalah pencapaian tertinggi buat saya selepas lebih 30 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, malah...
PENA DAN LENSA DUA PENGARANG MUDA MHI DIHARGAI
SERI NEGERI 25 Ogos - Kemahiran 'bermain' pena dan menghasilkan kandungan video kreatif dua pengarang muda ini amat membantu dalam...
KOMITMEN SHAIFULFAZLEE DIHARGAI
SERI NEGERI 25 Ogos - Komitmen Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad, dalam memastikan syiar Islam terus subur...
KESETIAAN LEBIH TIGA DEKAD BERSAMA SAMB DIIKTIRAF
SERI NEGERI 25 Ogos – Menerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L), selepas tiga dekad setia bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)...