
16 pasukan ragbi lepas geram
AYER LIMAU 31 Jan – Selepas lebih dua tahun tidak beraksiĀ 16 pasukan ragbi seluruh Melaka berentap pada Kejohanan Ragbi Tertutup 10 Sebelah Piala Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, semalam.
Naib Presiden Melaka Rugby, Hasmol Watan Shamsol Bahrin berkata, penganjuran dianggap sebagai aksi pemanas badan kali ini mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan veteran dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar negeri ini.
“Kejohanan kali ini memberi peluang kepada peminat sukan ragbi kembali aktif, semua ceria dan mempamerkan permainan terbaik selepas sekian lama tidak beraksi berikutan penetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.
“Kami merancang untuk anjurkan banyak lagi kejohanan tahun ini sebagai persediaan ke pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
“Alhamdulillah persiapan sedang dilaksanakan membabitkan pelbagai kategori kejohanan ragbi di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Pertandingan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yang juga Presiden Melaka Rugby.
Hameed turut menyampaikan hadiah kepada wakil Politeknik Melaka yang muncul johan pertandingan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KILANG PERABOT MUSNAH TERBAKAR DI BUKIT RAMBAI
MELAKA, 1 Julai - Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini malam tadi. Komander...
GALAK BELIA MELAKA KUASAI BIDANG ROBOTIK DAN AEROANGKASA
MERLIMAU 1 Julai - Program Airborne Innovation International RC Jet (Jet Kawalan Jauh) Competition (AIIRC) bersempena penganjuran 18th Malaysia FIRA...
GURU WANITA RUGI RM890,000, DITIPU SINDIKET “PHONE SCAM”
GEORGE TOWN 1 Julai - Seorang guru wanita kerugian RM890,000 selepas diperdaya sindiket penipuan "phone scam" yang mendakwa mangsa terlibat...
MITOS DAN FAKTA TENTANG KANSER: APA PERLU ANDA FAHAMI?
Oleh: Datuk Dr. Shankar Gunarasa Pakar Bedah Kolorektal dan Umum, Robotik dan Laparoskopi Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka SERINGKALI apabila...
SYUKUR MASIH RAMAI YANG PRIHATIN
BEMBAN 1 Julai - Sekali sekala menerima tetamu, sudah cukup menggembirakan dan menghilangkan rasa bosan Mohd Diah Mohd Yasin, 70,...
MELAKA BERI INSENTIF KEPADA 1,300 PENIAGA TERJEJAS RIBUT
AYER KEROH 30 Jun - Prihatin dengan nasib peniaga yang terkesan akibat ribut yang melanda baru-baru ini, Kerajaan Negeri menerusi...