
SPRM Melaka tahan bekas pengarah agensi kerajaan disyaki terima rasuah
MELAKA, 17 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka hari ini menahan seorang bekas pengarah sebuah agensi kerajaan selepas disyaki menerima rasuah, apabila meluluskan tender penyelenggaraan dan pembekalan bernilai RM31,629.
Menurut sumber, suspek berusia 55 tahun itu ditahan pada pukul 4.55 petang tadi ketika hadir ke Pejabat SPRM Melaka.
Suspek didakwa menerima rasuah ketika berkhidmat sebagai pengarah di sebuah agensi awam di sini antara 2017 dan 2019, dan difahamkan suspek menerima sebahagian daripada nilai itu atas tujuan peribadi.
Sementara itu Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.
Katanya suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, esok untuk pertuduhan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG PULAU JADI RUJUKAN KAMPUNG DIGITAL, KUBUR DIGITAL NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau kini menjadi rujukan di peringkat negeri dan negara selepas menjadi perintis pelaksanaan Kampung...
KAMPUNG PULAU LAHIR 6 WAKIL RAKYAT, TOKOH-TOKOH HEBAT
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan tokoh kepimpinan yang menyumbang kepada pembangunan negeri dan...
DARI ALOR GAJAH, LAHIRNYA LEGASI SOS KUIH UDANG
ALOR GAJAH 17 Oktober - Bermula daripada permintaan pelanggan yang mahukan sos tambahan ketika menikmati kuih udang, resipi warisan arwah...
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...
MeSRa: MELAKA PERKASA SYIAR ISLAM DI SEGENAP DIMENSI
AYER KEROH 17 Oktober - Agihan zakat berjumlah RM159.9 juta, bantuan fidyah kepada asnaf, peluasan pensijilan halal serta pembinaan lima...
EKOSISTEM MELAKA DIGITAL TERUS BERKEMBANG
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Bermula dengan Kampung Digital, ekosistem Melaka Digital akan terus diperluas kepada pelbagai aspek kehidupan rakyat...
