
Permohonan permit umrah Ramadan dibuka – MoHU
KUALA LUMPUR, 7 Mac – Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan telah dibuka bermula Ahad, 6 Mac dan boleh dimohon melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.
Kementerian itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasminya menjelaskan ini bagi memudahkan bakal jemaah umrah Ramadan menyusun perancangan mereka lebih awal.
Bagaimanapun, kementerian mengingatkan jemaah yang mahu menukar tarikh tempahan permit akan diminta membatalkan permohonan terdahulu dan membuat permohonan baharu.
“Ini bagi memberi peluang sama rata kepada jemaah lain membuat tempahan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, slot tempahan umrah pada bulan Ramadan akan ditambah kepada 12 slot sehari berbanding lapan sebelum ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ADUN LANTIKAN PERKUKUH KETERANGKUMAN DUN MELAKA
SERI NEGERI 14 Julai - Cadangan mewujudkan keanggotaan secara lantikan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan perkara asing dalam amalan...
KEPENTINGAN RAKYAT PERLU ATASI PERBEZAAN PENDIRIAN
SERI NEGERI 14 Julai - Semangat Kerajaan Perpaduan perlu terus dipelihara demi kepentingan rakyat meskipun wujud perbezaan pendirian berhubung Rang...
MELAKA PERGIAT USAHA MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
SERI NEGERI 14 Julai – Jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar di Melaka semakin mengecil hasil pelbagai inisiatif...
PONTENG SEKOLAH DI MELAKA TERUS MENURUN
SERI NEGERI 14 Julai – Kes ponteng sekolah di Melaka menunjukkan penurunan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini hasil...
KERAJAAN NEGERI TUNAI AKUJANJI LULUS USUL ADUN LANTIKAN
SERI NEGERI 14 Julai - Keputusan untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan merupakan antara...
PH MELAKA KELUAR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI, BANTAH ADUN LANTIKAN
SERI NEGERI 14 Julai - Pakatan Harapan (PH) Melaka mengumumkan keluar daripada Kerajaan Negeri selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan...
