
Permohonan permit umrah Ramadan dibuka – MoHU
KUALA LUMPUR, 7 Mac – Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan telah dibuka bermula Ahad, 6 Mac dan boleh dimohon melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.
Kementerian itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasminya menjelaskan ini bagi memudahkan bakal jemaah umrah Ramadan menyusun perancangan mereka lebih awal.
Bagaimanapun, kementerian mengingatkan jemaah yang mahu menukar tarikh tempahan permit akan diminta membatalkan permohonan terdahulu dan membuat permohonan baharu.
“Ini bagi memberi peluang sama rata kepada jemaah lain membuat tempahan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, slot tempahan umrah pada bulan Ramadan akan ditambah kepada 12 slot sehari berbanding lapan sebelum ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN NEGERI TUNAI AKUJANJI LULUS USUL ADUN LANTIKAN
SERI NEGERI 14 Julai - Keputusan untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan merupakan antara...
PH MELAKA KELUAR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI, BANTAH ADUN LANTIKAN
SERI NEGERI 14 Julai - Pakatan Harapan (PH) Melaka mengumumkan keluar daripada Kerajaan Negeri selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan...
‘KITA UMPAMA BERNIKAH TIDAK BERKADI, BERCERAI TIDAK BERTALAK, BERSANDING TIDAK BERPELAMIN’
SERI NEGERI 14 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka akan terus...
RM32.25 JUTA BANTU RAKYAT MELAKA, 1,005 PROJEK BINA BAHARU DAN BAIK PULIH RUMAH DILULUSKAN
SERI NEGERI 14 Julai – Kerajaan Negeri terus meletakkan agenda penyediaan kediaman yang selesa, selamat dan berkualiti sebagai keutamaan apabila...
PENDAPATAN ISI RUMAH BAWAH RM2,000 LAYAK MOHON BANTUAN BAIK PULIH, BINA BAHARU RUMAH DI MELAKA
SERI NEGERI 14 Julai - Golongan miskin atau miskin tegar dengan pendapatan isi rumah bawah RM2,000 di negeri ini layak...
MELAKA RUMAHKU BERI MANFAAT 149 KELUARGA MEMERLUKAN
SERI NEGERI 14 Julai - Program Melaka Rumahku (PMR) di bawah Lembaga Perumahan Melaka (LPM) yang bermula pada 2023 telah...
