
43 mangsa banjir dipindahkan di Beaufort, Sabah
BEAUFORT, 23 Mac – Seramai 43 mangsa banjir daripada 14 keluarga dari Kampung Suasa di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Datuk Mohd Dun Banir semalam, setelah rumah mereka dilanda banjir.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPS berkenaan mula dibuka Isnin lepas sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan cuaca hujan melanda daerah itu, sejak beberapa hari lepas.
“Setakat ini hanya sebuah kampung terlibat iaitu Kampung Suasa dan proses pemantauan di kawasan banjir masih giat dijalankan oleh agensi yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.
Proses kemas kini maklumat mangsa banjir masih dijalankan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) pagi ini.
Dalam pada itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort memberitahu pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir itu pada pukul 2.53 petang semalam sebelum bergegas ke kampung berkenaan sejauh kira-kira 30 kilometer dari pekan Beaufort bagi membantu memindahkan mangsa banjir.
Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan seramai 653 mangsa daripada 115 keluarga masih berada di tiga PPS daerah Tawau akibat kejadian kebakaran rumah atas air di Kampung Kurnia Jaya, Tawau pada 17 Mac lepas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DR. MASSILA DINOBAT TOKOH KEPIMPINAN AI UNGGUL BERTARAF DUNIA
DURIAN TUNGGAL 16 Disember - Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dinobatkan tokoh...
3,000 PELAJAR MELAKA KERAP PONTENG BERISIKO DITARIK KELAYAKAN TERIMA BANTUAN
PENGKALAN BATU 16 Disember - Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk menarik semula bantuan persekolahan kepada 3,000 orang pelajar Melaka yang...
MELAKA LANCAR PROGRAM TUNAS ZAID IBN THABIT, LAHIR GENERASI CELIK AL-QURAN
PENGKALAN BATU 16 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melancarkan Program Tunas Zaid Ibn Thabit bagi...
MELAKA MEMBACA LAHIR GENERASI MASA DEPAN BERILMU
AYER KEROH 16 Disember - Penganjuran Anugerah Melaka Membaca menjadi antara manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam melahirkan generasi masa hadapan...
MPAG TAWAR DISKAUN, GALAK ORANG RAMAI JELASKAN KOMPAUN TERTUNGGAK
ALOR GAJAH 16 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) merekodkan sebanyak 12,030 kompaun tertunggak dengan nilai keseluruhan RM1.27 juta...
PBT MELAKA FOKUS JADIKAN MELAKA BERSIH, INDAH, CERIA SEPANJANG 2026
PAYA RUMPUT 16 Disember - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) komited menjadikan Melaka sebuah negeri bersih, indah dan ceria sepanjang...
