
PM ajak rakyat terus jaga kesihatan diri, planet
KUALA LUMPUR, 7 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru rakyat untuk memastikan kesihatan diri dan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.
Bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2022 yang disambut hari ini, Ismail Sabri berkata diri dan kualiti alam sekitar adalah penentu utama kesihatan.
“Sayangilah bumi. Bumi anugerah buat kita. Planet yang sihat menyumbang ke arah udara, air dan makanan yang bersih.
“Planet Kita, Kesihatan Kita! Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2022,” kata beliau dalam Facebooknya hari ini.
Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. Hari Kesihatan Sedunia 2022 bertemakan ‘Planet Kita, Kesihatan Kita’.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MATTA FAIR 2026 KETENGAH KEMPEN ‘WOW MELAKA’
BANDA HILIR 18 April - 'Wow Melaka' menjadi antara kempen yang diangkat Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka...
MELAKA TELITI INSENTIF BANTU PENGGIAT PELANCONGAN TERKESAN KRISIS TENAGA
BANDA HILIR 18 April - Kerajaan Negeri sedang meneliti mekanisme terbaik dalam membantu penggiat industri pelancongan yang terkesan dengan krisis...
WRUR: MACHAP JAYA ‘TAK RILEKS’, 98 PROGRAM JELAJAH KAMPUNG SELAMA SEMINGGU
MACHAP JAYA 18 April - Sebanyak 98 program menarik dirangka sepanjang seminggu berlangsungnya program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
RAYA ‘STYLE JAWA’ WARNAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN AYER MOLEK
AYER MOLEK 18 April - Penampilan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman bersama isteri, Datin Zaini...
MATTA FAIR 2026 PERHEBAT TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0
BANDA HILIR 18 April - Penganjuran MATTA Fair Melaka 2026 pada 17 hingga 19 April disifatkan sebagai sebuah acara yang...
KOMUNITI PANTAI PERINGGIT JADI CONTOH SEMANGAT KEMASYARAKATAN
PENGKALAN BATU 18 April - Pantai Peringgit muncul sebagai antara komuniti contoh di Melaka apabila penduduknya menunjukkan semangat kemasyarakatan yang...
