
MiCoST lawat Pembangunan Sumber Manusia Berhad
AYER KEROH, 12 April – Delegasi Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) mengadakan kunjungan hormat ke Pembangunan Sumber Manusia Berhad di Wisma HRD Corp, 7 April lalu.
Pada kunjungan itu Ketua Eksekutif MiCoST Akmal Abdul Manap disambut Pengerusi Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad Datuk Seri Jamil Salleh.
Akmal berkata, kunjung hormat itu bertujuan membincangkan bentuk kerjasama boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak bagi manfaat bersama.
“Kami turut mengambil pendapat Datuk Seri Jamil dalam usaha untuk membangunkan modal insan dan tahap pengetahuan pekerja-pekerja di Malaysia khususnya.
“Maklumat ini juga dapat menambahbaik kemahiran dan produktiviti untuk kejayaan individu dalam karier mereka,” katanya.
Turut serta pada kunjung hormat itu adalah Pengurus Pembangunan Perniagaan MiCoST Suhaini Amsah dan Pengurus MPDC Fuad Sadali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...

