
Dun Ayer Molek: SRA baharu bakal dibina di Paya Dalam
AYER MOLEK 20 April – Sebuah lagi Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Paya Dalam, dijangka akan dibangunkan bagi menampung bilangan pelajar di kawasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman berkata, lokasi bagi pembinaan bangunan baharu sekolah itu sudah dikenal pasti selain lawatan ke tapak cadangan juga sudah dilakukan pihaknya baru-baru ini.
“Cadangan pembinaan ini masih dalam peringkat awal selain bajet pembinaan baru hendak di pohon kepada pihak berkaitan dan menunggu kelulusan.
“Pembinaan SRA baharu yang dicadangkan ini kerana bangunan lama sudah usang selain berlaku kepadatan pelajar disebabkan jumlah yang ramai,” katanya.
Beliau yang juga EXCO Kerja Raya berkata, sekiranya permohonan bajet itu diluluskan dan sekolah itu siap dibina sepenuhnya ia mampu menempatkan kira-kira 400 pelajar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
