
PRU-15: UMNO Melaka jalani proses pemilihan sebelum Oktober
TANJUNG BIDARA, 24 April – UMNO Melaka dijadualkan akan menjalankan proses pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebelum Oktober ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai tarikh pilihan raya itu sebaliknya bersedia dengan sebarang ketetapan dari Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di peringkat tertinggi.
“Sama ada Ogos atau tidak, itu hanya jangkaan berdasarkan kepada pengalaman sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia suatu ketika dahulu.
“Cuma saya difahamkan UMNO kita menjalankan proses pemilihan sebelum bulan Oktober di peringkat cawangan dan bahagian, manakala di peringkat Majlis Tertinggi bulan November.
“Bagaimanapun itu terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan untuk menentukan tarikh dan sekiranya terdapat pindaan perlembagaan kita mesti bersedia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat dakwaan bahawa PRU-15 akan datang dijangka akan berlangsung dalam tempoh Ogos dan September tahun ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM RAI LIMA PASANGAN MUALAF BINA MAHLIGAI
KOTA LAKSAMANA 29 Oktober - Lima pasangan mualaf dan saudara baharu Muslim diraikan dalam Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Mualaf Negeri...
PRN MELAKA: MCA TAMBAH SATU LAGI KERUSI, BERTANDING DI BANDAR HILIR
KUALA LUMPUR, 29 Okt - MCA diberi satu lagi kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Dewan...
DULU TANAH MERAH, SEKARANG BERTURAP, PENDUDUK TAMAN NYALAS BARU LEBIH SELESA
ASAHAN 29 Oktober - Urusan harian penduduk di lebih 300 kediaman di Taman Nyalas Baru kini lebih lancar apabila jalan...
TPM PUJI USAHA MELAKA PERLUAS POTENSI EKONOMI DESA
AYER KEROH 29 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas potensi sektor pertanian dan membuka peluang ekonomi kepada masyarakat desa...
LA21: MPJ CEMERLANG, PERKUKUH AGENDA KOMUNITI MAMPAN
JASIN 29 Oktober - Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memperkukuh pembangunan komuniti mampan membuahkan hasil apabila menerima Pengiktirafan Cemerlang Pelaksanaan...
PRN MELAKA: ‘BN-PAS SUDAH BERNIKAH, BERKADI’ – AB RAUF
LENDU 29 Oktober - “Di sini kita sudah bernikah dengan berkadi, kalau bercerai pun nanti ada talak,” demikian kiasan Pengerusi...
