
TYT terima kunjung hormat Menteri Pelancongan
AYER KEROH 7 Sept. – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Utama (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam hari ini, menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Kunjung hormat yang diketuai Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri itu diadakan tepat jam 11 pagi di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Seri Negeri.
Turut hadir Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr. Noor Zari Hamat, Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC Mohd Zamri Mat Zain, Setiausaha Sulit Kanan MOTAC Rudi Affandi, Pengarah MOTAC Yeow Chin Chai dan Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Mesran Mohd Yusop.
Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira satu jam dan seterusnya Nancy bersama delegasinya dijemput makan tengah hari bersama TYT Tun.
Difahamkan, selain kunjung hormat kepada TYT, Nancy turut mengadakan lawatan ke Melaka Tropikal Fruit Farm (MTFF) di Sungai Udang dan menghadiri minum petang bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.
Views:
Related


Berita Lain
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
AIR MATA TANDA SYUKUR, IMPIAN MILIKI KEDIAMAN SELESA TERCAPAI
GADEK 12 Ogos - Air mata menjadi tanda kesyukuran seorang warga emas selepas impian untuk memiliki kediaman lebih selesa menjadi...
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
