
Janin ditemukan dalam tandas di stesen minyak
KUALA LUMPUR, 10 Mei – Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 4.57 petang dan sepasukan pegawai serta anggota telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati janin lelaki yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan itu telah dibuang ke dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut.
“Janin tersebut dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Ashari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ARTIFAK BERSEJARAH DI BELANDA DIBAWA PULANG KE MELAKA JULAI INI
KUALA LUMPUR 30 April - Kesungguhan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, meluruskan sejarah dibengkokkan penjajah mula menunjukkan...
PEKERJA SWASTA RUGI RM3.1 JUTA DIPERDAYA PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD
SEREMBAN 30 April - Seorang pekerja swasta kerugian RM3.1 juta selepas melabur dalam saham komunikasi, industri dan minyak yang didakwa...
LELAKI NIGERIA DIDAKWA GIGIT TELINGA ANGGOTA POLIS HINGGA PUTUS
KUALA LUMPUR 30 April - Seorang penuntut kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari...
EMPAT TERMASUK SEORANG DATUK SERI DIREMAN BANTU SIASATAN TUNTUTAN PALSU
PUTRAJAYA 30 April - Empat individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ direman empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan...
POLIS NAFI KEJADIAN CUBAAN ROGOL, CEDERAKAN SURI RUMAH DI MELAKA
MELAKA 30 April - Polis menafikan berlaku kejadian cubaan rogol dan mencederakan seorang suri rumah dengan mengelar leher mangsa menggunakan...
BAYI DUA BULAN MAUT KERETA LANGGAR LORI BUAT PUSINGAN U
JASIN 30 April - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut, manakala ibu bapanya cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat...