
Piala Thomas: Pemain Malaysia Telah lakukan yang terbaik – Ahmad Faizal
BANGKOK, 13 Mei – Perasaan gementar dan terlalu berhati-hati dilihat memberi kesan kepada pemain Malaysia yang menyebabkan kekalahan mengejut kepada India dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas malam tadi.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata para pemain telah melakukan yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.
“Pemain kita boleh melakukan lebih baik lagi. Saya nampak dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, mereka melakukannya dengan sangat baik. Kesemua pemain telah mencuba dengan sebaik mungkin. Itu yang kita harapkan. Namun, nasib tidak menyebelahi kita,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Impact Arena di sini.
Sebelum itu, Ahmad Faizal bersama Duta Malaysia di Thailand, Datuk Jojie Samuel hadir menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Thomas antara Malaysia dan India.
Ahmad Faizal berharap pemain Malaysia akan terus berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi kejohanan akan datang.
“Kita cuba di lain siri Piala Thomas,” katanya.
Malaysia yang mengalami kemarau kejuaraan selama tiga dekad sejak kali terakhir menjuarai Piala Thomas pada 1992 di Kuala Lumpur, kalah 2-3 kepada India dalam perlawanan suku akhir di sini malam tadi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: MISI ABDUL HAKIM MAHU NOKTAHKAN ISU BANJIR MASJID TANAH
LENDU 6 November - Isu banjir yang sekian lama membelenggu penduduk sekitar Masjid Tanah terus menjadi perhatian calon Barisan Nasional...
RM2 JUTA TANGANI HAKISAN TEBING SUNGAI BERTAM ULU
SUNGAI UDANG 6 November - Peruntukan awal kira-kira RM2 juta akan disalur Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi...
PRN MELAKA: ‘TAK UNDI HELMY, BAIK BENAM KEPALA DALAM TANAH’ – DAK NOR
DUYONG 6 November - "Siapa yang tak undi YB Helmy, baik kau benam kepala dalam tanah," demikian luahan spontan 'Dak...
ZAHARI TURUN PADANG SETIAP HARI, MUSTAFA SAYU KENANG PERSAHABATAN 20 TAHUN
DURIAN TUNGGAL 6 November – Kesediaan penyandang terdahulu, Datuk Zahari Abd Kalil turun berkempen bersama setiap hari menyentuh perasaan calon...
RAIS TERBAIK, PRIHATIN MASALAH RAKYAT’ – PENDUDUK
SUNGAI UDANG 6 November - Keprihatinan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin...
27 PENIAGA MEDAN SELERA SAMUDERA NIKMATI SEWAAN PERCUMA DUA BULAN
BANDAR HILIR 6 November - Seramai 27 peniaga di Medan Selera Samudera, Banda Hilir menerima manfaat pengecualian bayaran sewaan selama...

