
Pekerja kilang maut tersepit mesin konveyor
IPOH, 19 Mei – Seorang juruteknik mekanikal maut dipercayai tersepit pada mesin konveyor di sebuah kilang simen di Gopeng dekat sini hari ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak Supian Alias berkata insiden yang menimpa remaja berusia 19 tahun itu berlaku ketika mangsa diarah untuk siap siaga di kawasan ‘coal conveyor belt’ sebelum memulakan kerja penyelenggaraan pada kira-kira 9.55 pagi.
“Siasatan awal mendapati Muhammad Hilmi Badrul Hisham telah ditemukan dalam keadaan tersepit pada bahagian ‘tail drum conveyor’ oleh rakan sekerjanya.
“Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Kampar sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor perubatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, beliau berkata pihaknya telah menyita dan mengeluarkan larangan kacau ganggu terhadap jalur sistem konveyor tersebut hingga siasatan lanjut serta tindakan penambahbaikan diambil oleh majikan.
Katanya JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab jika melanggar peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BANJIR DI MELAKA AKIBAT TABURAN HUJAN LUAR BIASA, 21 STESEN REKOD BACAAN KRITIKAL
PAYA RUMPUT 11 Julai – Taburan hujan luar biasa yang melanda hampir seluruh negeri sejak awal pagi tadi menjadi antara...
USIA SENJA LEBIH BERMAKNA, KINI MILIKI RUMAH SENDIRI – PENERIMA PPRS
LENDU 11 Julai - Penantian seorang warga emas untuk memiliki kediaman sendiri selepas bertahun-tahun menumpang di rumah adik akhirnya menjadi...
KUNJUNGAN KETUA MENTERI BUAT WARGA EMAS RASA DIHARGAI
LENDU 11 Julai - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu menjadi platform merapatkan kepimpinan Kerajaan...
PEMBINAAN POLITEKNIK ANGKAT DUN KUALA LINGGI SEBAGAI HAB PENDIDIKAN TINGGI
KUALA LINGGI 11 Julai - Cadangan pembinaan Politeknik Melaka berhampiran Universiti Melaka (UNIMEL) dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan sektor...
LIMA RESOLUSI PERKASA TVET MELAKA
AYER KEROH 11 Julai – Lima resolusi utama hasil Konvensyen TVET Melaka 2026 bakal menjadi teras transformasi negeri dalam memperkasa...
TOK RAUF TITIP LIMA PESANAN BUAT ANAK MUDA
AYER KEROH 11 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menitipkan lima pesanan penting kepada anak muda...

