
Hishammuddin jamin agenda veteran ATM tidak pernah dipinggir
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kementerian Pertahanan akan sentiasa memastikan agenda veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan dipinggirkan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin.
Beliau berkata veteran ATM diberikan keutamaan dalam pelbagai agenda termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan.
“Malah, dalam program hari ini juga 900 unit rumah dikhaskan kepada mereka bagi membela kebajikan mereka sekeluarga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pra-Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perhimpunan aman yang bakal dibuat veteran ATM Jun ini, berikutan mendakwa kebajikan mereka diabaikan kerajaan.
Hishammuddin turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai cadangan atau pandangan untuk berhubung terus dengan pihaknya, supaya penyelesaian dan tindakan terbaik boleh diambil.
Katanya, berkata beliau sama sekali tiada masalah untuk mendekati dan melibatkan diri secara langsung dengan mereka yang benar-benar ikhlas membela kebajikan kumpulan berkenaan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
2,500 TOPI KELEDAR ‘LIMITED EDITION’ UNTUK PENGUJUNG BERTUAH KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA 2025
GADEK 27 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mempelawa orang Melaka untuk hadir bagi bersama-sama memeriahkan...
151 MENARA MELAKA DILENGKAPI GENTIAN OPTIK SEPANJANG 200KM
SERI NEGERI 27 Ogos - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (MICTH) bakal melengkapkan 151 menara telekomunikasi dengan...
INISIATIF KAMPUNG DIGITAL 2.0 DIPERLUAS KE SELURUH MELAKA
GADEK 27 Ogos - Pelaksanaan inisiatif Kampung Digital 2.0 akan diperluaskan ke seluruh Melaka bermula dengan Kampung Baru, Felda, Felcra,...
MELAKA WUJUD ‘LEBUH RAYA DIGITAL’ PERTAMA NEGARA
SERI NEGERI 27 Ogos - Melaka bakal mewujudkan 'Lebuh Raya Digital' pertama di Malaysia menerusi peluasan infrastruktur gentian optik berkelajuan...
KAMPUNG DIGITAL: PENGURUSAN RAKYAT MELAKA LEBIH TERARAH
GADEK 27 Ogos - Penganjuran Bengkel Hala Tuju Kampung Digital Melaka bakal menjadikan pengurusan masyarakat atau 'social management' di Melaka...
LEBIH 30,000 DIJANGKA HADIR MELAKA BERSELAWAT
PENGKALAN BATU 27 Ogos - Lebih 30,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan majlis ilmu Melaka Berselawat bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69...
