
APMM tahan 15 nelayan Vietnam di perairan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu merampas sebuah bot nelayan Vietnam bersama 15 kru termasuk tekong dalam operasi bersepadu Naga Barat dan Kuda Laut, kira-kira 3 petang semalam.
Pengarah Maritim Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata bot tersebut ditahan di kedudukan 100 batu nautika Timur Laut dari Kuala Terengganu.
“Kru yang ditahan berumur antara 20 hingga 50 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
“Hasil rampasan termasuk bot, 700 kilogram hasil tangkapan dan 1,000 liter bekalan diesel dianggarkan bernilai RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua kru yang ditahan dibawa ke jeti APMM negeri untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Muhammad Suffi juga meminta bantuan orang ramai untuk segera melaporkan sebarang kejadian kecemasan kegiatan jenayah di laut secara terus kepada APMM negeri di talian 09-6223657 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MEDIPULIH PERKASA KESEJAHTERAAN 200 PEKERJA TKR MANUFACTURING
PANTAI KUNDOR 22 Julai - Seramai 200 pekerja TKR Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd menerima Kad Rahmah Bloom Mekar sebagai inisiatif...
TANAMKAN JATI DIRI BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT DALAM KALANGAN ANAK MELAKA
MERLIMAU 22 Julai - Usaha untuk menanamkan jati diri 'Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat' hasil cetusan idea Ketua Menteri...
MAIM PERMUDAH URUSAN BANTU PENERIMA BAITULMAL UZUR
KOTA LAKSAMANA 22 Julai – Penerima bantuan baitulmal yang uzur atau tidak berupaya untuk hadir ke kaunter Majlis Agama Islam...
WARISAN MELAKA TARIK MINAT MUZIUM SHAANXI, CHINA
BANDA HILIR 22 Julai - Serpihan porselin ditemui di perairan Pulau Melaka bukan sekadar artifak bersejarah, ia sebenarnya memiliki nilai...
MAIM SUMBANG KIT MAKANAN BANTU ASNAF PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 21 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menzahirkan keprihatinan kepada golongan asnaf dan golongan kurang bernasib...
MITC HOTEL MERIAHKAN AKSI FINAL PIALA DUNIA, TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF
AYER KEROH 21 Julai - MITC Hotel Melaka mencipta suasana istimewa apabila menganjurkan program Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Dunia...

