
38 murid pra-sekolah di Alor Gajah dijangkiti HFMD
BANDARAYA MELAKA 24 Mei – Jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Melaka dilapor turut membabitkan 22 buah Sekolah Kebangsaan (SK).
EXCO Pendidikan, Datuk Rais Yasin berkata, sebelum ini HFMD dilapor membabitkan Tadika dan Taska sahaja namun penularan kini sudah dikesan di peringkat murid pra-sekolah.
“Tumpuan diberikan kepada sekolah rendah di Daerah Alor Gajah berikutan merekodkan jumlah kes tertinggi di Melaka setakat ini.
“Daripada jumlah itu seramai 38 murid pra-sekolah di 21 sekolah rendah di Alor Gajah dilaporkan dijangkiti HFMD manakala satu lagi kes di Melaka Tengah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Rais berkata, setakat ini sekolah rendah di Jasin belum mencatatkan sebarang kes jangkitan HFMD.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ABDUL HAKIM TURUN PADANG TINJAU MASALAH PENIAGA, ISU RAKYAT
LENDU 16 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, turun padang meninjau permasalahan dihadapi...
‘RAKYAT BUKAN LIHAT SAYA SAHAJA, TAPI YAKIN GABUNGAN BN-PN’ – HAMEED
SERI NEGERI 16 November - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau pada Pilihan Raya...
ISU BANJIR, PERPARITAN JADI KEUTAMAAN CIKGU MUS
SERI NEGERI 16 November – Penyelesaian masalah banjir dan penambahbaikan sistem perparitan di kawasan berisiko menjadi antara keutamaan Ahli Dewan...
‘ACIK ZUL’ MAHU PERJUANG PERUNTUKAN KHAS, BANTU KEDIAMAN DAIF ORANG ASLI
SERI NEGERI 16 November - Memperjuangkan peruntukan tambahan bagi membantu memperbaiki kediaman daif masyarakat Orang Asli antara fokus yang mahu...
RAIS TUNAI AKU JANJI, 30 PERATUS PERUNTUKAN UNTUK KOMUNITI TENTERA
SERI NEGERI 16 November – Sebanyak 30 peratus peruntukan yang diterima sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan dikhususkan Datuk...
‘SAYANG BUKIT KATIL’, RIDZUAN MAHU BAWA PERUBAHAN
SERI NEGERI 16 November - 'Ridzuan Sayang Bukit Katil' bukan sekadar slogan kempen, sebaliknya menjadi komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri...

