
Pelayar warga Perancis ditahan di Mersing
MERSING, 27 Mei – Seorang pelayar warga Perancis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing kerana memasuki perairan negara secara haram, berhampiran muara Sungai Mersing, di sini, tengah hari semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata lelaki berkenaan ditahan di perahu layarnya yang sedang bersauh di kedudukan kira-kira 1.6 batu nautika timur dari muara Sungai Mersing, pada pukul 12.45 tengah hari.
Beliau berkata lelaki berumur 44 tahun itu yang sedang menuju ke Pulau Tioman, Pahang dari Krabi, Thailand, telah mengemukakan dokumen perjalanan tanpa cop kemasukan ke Malaysia.
“Hasil pemeriksaan mendapati pelayar terbabit juga gagal melaporkan ketibaan memasuki perairan negara, sebelum ditahan bersama perahu layarnya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Nizam berkata kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1952 kerana tiada cop kemasukan ke Malaysia yang sah dan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tidak melaporkan ketibaan memasuki perairan negara kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI TURUN ASAHAN BUKAN DENGAN ‘TANGAN KOSONG’
ASAHAN 23 Ogos - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelbagai bentuk bantuan, pembangunan dan sumbangan kepada warga Dewan...
KEAMANAN MELAKA HASIL PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pertemuan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dianggap amat istimewa oleh Ketua...
KAMPUNG ABBEY DAPAT DEWAN BAHARU RM500,000
ASAHAN 23 Ogos - Kemudahan awam untuk warga Asahan terus diperkukuh apabila Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)...
TOK RAUF HARGAI PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sahaja menyantuni orang awam, sebaliknya turut melibatkan anggota...
PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Penantian selama 15 tahun bagi 106 keluarga generasi kedua Felcra Bukit Sedanan untuk mendapatkan hak milik...
WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI
MACHAP JAYA 23 Ogos - Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha...
