
Kementerian diminta percepat projek pembangunan – PM Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 31 Mei – Setiap kementerian telah diminta untuk mempercepatkan projek pembangunan kerana ia memberikan kesan berganda khususnya untuk menggerakkan ekonomi akar umbi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara yang berlangsung pagi ini.
“Di bawah Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan asas.
“Dalam masa yang sama, kerajaan memberikan perhatian serius kepada kenaikan harga bahan binaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Beliau berkata dalam pada itu, intervensi segera juga akan diambil oleh agensi terbabit bagi mengawal kenaikan harga bahan binaan kerana ia memberi kesan kepada projek-projek pembangunan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...

