
Jururawat rugi lebih RM20,000 terpedaya pelaburan saham
KUANTAN, 4 Jun – Seorang jururawat mendakwa kerugian lebih RM20,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham yang menjanjikan pulangan berganda, menerusi media sosial.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang DSP Yap Huat Tian berkata mangsa berusia 44 tahun itu, berminat menyertai pelaburan tersebut selepas melihat tawaran menarik di aplikasi TikTok pada 20 Mei lepas.
Beliau berkata wanita berkenaan ditawarkan empat pakej pelaburan dan memilih ‘pakej gold’ yang dikenakan bayaran RM250, dengan dijanjikan pulangan berjumlah RM7,800 dalam masa lapan hingga 12 jam.
“Mangsa melakukan enam transaksi berjumlah RM20,130 ke dalam pelbagai akaun yang diberikan suspek dari 29 Mei hingga Khamis lepas (2 Jun).
“Bagaimanapun, dia berasa ditipu apabila suspek memintanya membayar RM5,620 lagi, sebagai komisen staf pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Yap berkata jururawat tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Temerloh semalam, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TAMPIL KEISTIMEWAAN, KARNIVAL CIMIC PERTAMA LIBATKAN KAPAL TLDM
KLEBANG 30 Ogos – Melaka mencipta kelainan dalam penganjuran Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) apabila edisi tahun ini bukan sahaja berlangsung...
CIMIC DEKATKAN RAKYAT DENGAN ‘DUNIA’ PERTAHANAN
KLEBANG 30 Ogos - Penganjuran Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil Military Cooperation – CIMIC) menjadi platform penting dalam mendekatkan masyarakat dengan...
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
KERAJAAN TERUS DEKATI RAKYAT, DENGAR DENYUT NADI AKAR UMBI
TABOH NANING 30 Ogos - Program turun padang menjadi medan penting buat kerajaan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi, selain...
NEGERI LAIN DISARAN CONTOHI MELAKA LANTIK WAKIL ATM DALAM PBT
KLEBANG 30 Ogos - Semua Kerajaan Negeri disaran mengikuti langkah Melaka dengan melantik wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Ahli...
MELAKA BERSEDIA MENJADI LOKASI PENGANJURAN ‘LIMA’
KLEBANG 30 Ogos - Melaka bersedia memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) sekiranya diberikan...
