
Pasar Datuk Keramat terbakar lagi
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pasar Datuk Keramat (pasar lama), di Jalan Keramat Dalam, di sini, terbakar sekali lagi awal pagi tadi selepas insiden sama pada Mac tahun lepas.
Ketua Komander Operasi Mohd Fahmi Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.30 pagi tadi sebelum 47 anggota dari Balai Bomba Polis (BBP) Keramat, BBP Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Setapak bersama lima jentera ‘Fire Rescue Tender (FRT)’ dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi kejadian kira-kira 1.40 pagi, api sedang marak dan kebakaran melibatkan lot kedai dengan anggaran kemusnahan 50 peratus disebabkan bahan binaan terdiri daripada kayu.
“Kebakaran turut melibatkan sebahagian rumah berhampiran yang dianggar mengalami kemusnahan 10 peratus,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Mohd Fahmi berkata api berjaya dikawal kira-kira 2.11 pagi dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu manakala punca kebakaran masih disiasat.
Sementara itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman, 40, berkata kebakaran tersebut menyebabkan beberapa letupan kecil.
Menurutnya pasar yang terbakar itu menjual pakaian terpakai.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI BERMULA JULAI INI
AYER KEROH 22 Jun - Jelajah Ketua Menteri menjadi satu lagi inisiatif dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri menyantuni dan menjaga...
MBMB NAIK TARAF SUNGAI PUNGGUR JADI DESTINASI RIADAH BAHARU
TELOK MAS 22 Jun - Kawasan Sungai Punggur yang terletak berhadapan Medan Ikan Bakar D’ Muara Punggur, Alai akan dinaik...
TAMAN ANJUNG GAPAM KAWASAN PERUMAHAN SELESA, HARMONI – PENDUDUK
BEMBAN 22 Jun - Kawasan kediaman sempurna bukan sekadar dinilai kepada keharmonian penduduk semata-mata, sebaliknya turut menjurus kepada keperluan komuniti...
LEBIH 80 PROGRAM UNTUK ORANG RIM SEMPENA WRUR
RIM 22 Jun - Lebih 80 program melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dilaksanakan sepanjang seminggu berlangsungnya program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’
RIM 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bakal berkampung selama sebulan di Parlimen Jasin bakal merealisasikan...
