KM pulang ke Melaka naik Indomal
DUMAI 11 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama 10 wakil delegasi pulang ke Melaka, hari ini, selepas selesai Misi Galakan Pelancongan Melaka ke Dumai dan Pekanbaru, Indonesia selama empat hari.
Sulaiman bersama delegasi pulang menaiki Feri Indomal dari Terminal Penumpang Dumai pada jam 10.15 pagi waktu Malaysia.
Rombongan dijangka tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kota Laksamana Melaka pada jam 12.45 tengah hari.
Kenamaan delegasi yang turut pulang ke Melaka adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum,
EXCO Pengangkutan negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.
Turut serta, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Saleh, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dan kenamaan lain.
Terdahulu, rombongan delegasi bergerak dari Hotel The Zuri Dumai pada jam 8.30 pagi ke Terminal Feri Penumpang Dumai.
Meskipun Ketua Menteri serta beberapa kenamaan sudah pulang, Festival Semarak Pelancongan Melaka masih berlangsung di SKA Mall sehingga petang ini.
Kesemua delegasi Misi Galakan Pelancongan Melaka ke Dumai dan Pekanbaru pulang ke Melaka pada esok hari menaiki Feri Indomal pada jam 9 pagi waktu tempatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
Melaka optimis pastikan kesejahteraan rakyat dan negeri terpelihara
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Kerajaan Melaka optimis memastikan kesejahteraan negeri dan rakyat terus terpelihara. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama...
BANGUNAN IPD MELAKA TENGAH LAMA, DIJADIKAN MUZIUM PDRM
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Bangunan bekas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, akan dibangunkan sebagai Muzium Polis Diraja...
GOLF BERPOTENSI JADI SUKAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA
AYER KEROH 14 Disember - Sebagai salah satu sukan yang dilihat berpotensi melahirkan ramai pelapis berbakat, Kerajaan Negeri meminta semua...
MAIM AGIH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA 8,800 ANAK ASNAF
BUKIT KATIL 14 Disember - Seramai 8,800 anak asnaf memperoleh manfaat hasil inisiatif Program Jom Ke Sekolah Bagi Anak-Anak Asnaf...
ME49: 1,342 KES DENGGI, DUA KEMATIAN DIREKOD – KKM
PUTRAJAYA 14 Disember - Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi...
PERTEGUH KESELAMATAN DEMI KEMAKMURAN MELAKA – KM
AYER KEROH 14 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin...