
Pengecualian bayaran sewa kantin, premis di sekolah dilanjutkan hingga hujung tahun
KUALA LUMPUR, 21 Jun – Pengecualian sewaan kantin dan premis dalam sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dilanjutkan enam bulan lagi bermula 1 Julai sehingga 31 Dis, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Beliau berkata pelanjutan itu dibuat selepas mengambil kira situasi ekonomi semasa serta memahami bahawa pengusaha kantin dan penyewa premis sedang dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19.
“Tempoh dua tahun yang lalu merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi pengusaha kantin dan juga penyewa premis di sekolah KPM.
“KPM yakin pelanjutan untuk tempoh enam bulan ini akan dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengusaha kantin dan juga penyewa premis di sekolah KPM dan seterusnya memberi manfaat kepada warga sekolah,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.
Radzi turut berharap keputusan melanjutkan pengecualian itu dapat memberi kelegaan buat pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah bawah KPM.
Sebelum ini dilaporkan KPM memberi pengecualian sewaan kantin dan premis atau ruang perniagaan di bawah kementerian itu bagi tempoh enam bulan bermula Julai 2021 sebelum melanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi sehingga bulan ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM RINGANKAN BEBAN MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 9 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menunjukkan keprihatinan sebagai sebuah agensi yang menjaga kebajikan rakyat dengan...
PENUTUPAN SEMENTARA ‘FAST LANE’ LEBUH AYER KEROH HINGGA 19 FEBRUARI
AYER KEROH 9 Januari - Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal berikutan gangguan trafik sementara susulan penutupan...
200 ANAK-ANAK MACHAP JAYA DAPAT MANFAAT GUNTING RAMBUT PERCUMA
MACHAP JAYA 9 Januari - Inisiatif gunting rambut percuma menerusi program Back to School yang dilaksanakan bukan sahaja sebagai persiapan...
DUA MOTOSIKAL BERTEMBUNG DI PULAU SEBANG, LELAKI MAUT
ALOR GAJAH 9 Januari - Pemandu lori maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Pulau Sebang, di...
‘CHANNEL KAK SOM UNTUK SEMUA’ PLATFORM DEKAT DENGAN RAKYAT
PENGKALAN BATU 9 Januari - Inisiatif mewujudkan saluran 'Channel Kak Som Untuk Semua' menerusi aplikasi kumpulan WhatsApp membuka ruang komunikasi...
FUNWALK @ MPJ AJAK WARGA JASIN KEKAL SIHAT
JASIN 9 Januari – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengajak warga Jasin dan kawasan sekitar memeriahkan Funwalk @ MPJ yang menjadi...
