
PM umum tarif elektrik, air di Semenanjung kekal, harga ayam tidak diapung
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang konsisten mengutamakan rakyat dalam setiap keputusan berkata, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.
“Ini bermakna pemberian rebat sebanyak 2 sen/kilowatt jam (kWj) dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung.
“Pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bagi harga ayam pula, harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
“Keputusan yang dibuat itu membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
2,000 PENGHUNI KEM TERENDAK DIBANTU, 25,000 GELEN AIR DISALUR
SUNGAI UDANG 20 Julai - Kebajikan hampir 2,000 anggota tentera bersama keluarga yang terjejas akibat gangguan bekalan air di Kem...
RM16.15 JUTA IKHTIAR ATASI BANJIR PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 20 Julai - Keresahan sebahagian penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor yang dibelenggu masalah banjir bakal ditangani...
JELAJAH KETUA MENTERI BAWA NIKMAT RM150,000 UNTUK WARGA PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 20 Julai - Lebih 20 jenis bantuan dan sumbangan bernilai keseluruhan RM150,000 disalurkan kepada pelbagai lapisan masyarakat di...
LEBIH 200 PROGRAM SENTUH KEHIDUPAN RAKYAT DI PARLIMEN TANGGA BATU
PANTAI KUNDOR 20 Julai - Lebih 200 program akan dilaksanakan sepanjang tiga minggu Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen...
TOK RAUF DATANG BAWA BERITA GEMBIRA, RUMAH UZUR PESAKIT POLIO BAKAL DIBAIK PULIH
PANTAI KUNDOR 20 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa sinar baharu kepada seorang pesakit polio apabila Ketua Menteri...
MASALAH NELAYAN PANTAI KUNDOR AKAN DISELESAIKAN SATU PERSATU
PANTAI KUNDOR 20 Julai – Setiap isu yang dihadapi komuniti nelayan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor akan diteliti...
