
Negeri-negeri Pantai Barat berpotensi dilanda ribut petir 27-30 Ogos ini
KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Negara dijangka menerima tiupan angin lemah dan pelbagai hala dari 27 hingga 30 Ogos ini yang berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir terutama pada sebelah petang sehingga malam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan terlibat adalah negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, Sarawak (tengah dan utara), barat Sabah serta Labuan.
Menurut kenyataan itu, fenomena berkenaan dikesan berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMRWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).
Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PIALA KETUA MENTERI LAMBANG PENGHARGAAN BUAT WIRA MELAKA
SUNGAI UDANG 18 Julai - Sebanyak 16 pasukan badan beruniform termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal berentap dalam Kejohanan Sukan...
2 JIWA 1 HATI SATUKAN 4,000 RAKYAT, TENTERA DALAM SUKAN
SUNGAI UDANG 18 Julai - Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati menjadi medan penyatuan kira-kira 4,000 peserta daripada pelbagai latar...
SUKAN JADI TRADISI BAHARU SATUKAN KELUARGA BESAR MELAKA – KM
SUNGAI UDANG 18 Julai - Lebih 6,000 peserta bakal memeriahkan Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati dan Kejohanan Sukan Badan...
MELAKA BINA BANDARAYA SELAMAT, BERDAYA TAHAN
AYER KEROH 18 Julai - Setiap kemalangan di tempat kerja lazimnya tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya bermula daripada risiko kecil...
RM10,000, MOTOSIKAL MENANTI KAKI PANCING DI SUNGAI MELAKA
DUYONG 18 Julai - Hadiah keseluruhan bernilai RM30,000 menanti kaki pancing di Sungai Melaka, esok, bersempena Festival Sungai dan Pantai...
HEBAT: DATANG BAWA ADUAN, PULANG DENGAN JAWAPAN DAN PENYELESAIAN
MERLIMAU 18 Julai - Peluang bertemu secara bersemuka dengan pemimpin dan pegawai Kerajaan Negeri dimanfaatkan penduduk bagi mendapatkan penjelasan serta...
