
Saifuddin dilantik YDP MPAG baharu
AYER KEROH 5 September – Bekas Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan, Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM), Tpr. Saifuddin Abdul Karim dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Saifuddin, 46, berkelulusan Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi MARA Shah Alam dan MSc. in Renewable Energy: Technology and Sustainability, University of Reading, United Kingdom, selain pernah bertugas di Bahagian Khidmat Pengurusan JKMM dari April 2021 hingga 2 September lalu.
Sebelum ini beliau pernah berkhidmat di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, selain itu, pada 2016 beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Menerusi lantikan itu, beliau kini dilantik dalam tempoh peminjaman YDP MPAG berkuatkuasa hari ini sehingga September tahun hadapan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ILMU PARAKOM JADI ‘BEKAL’ BANTU MANGSA LANGGAR LEMBU
TANJUNG BIDARA 18 September - Belum sempat 'sejuk' ilmu dipelajari ketika menghadiri kursus Paramedik Komuniti (PARAKOM), seorang sukarelawan berpeluang mengaplikasikan...
ANAK MELAKA PERLU REBUT PELUANG BIASISWA PETRONAS
TANJUNG BIDARA 18 September - Anak Melaka perlu merebut peluang pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) termasuk...
BERPIDATO BENTUK JATI DIRI, BINA KARAKTER ANAK MELAKA
AYER KEROH 18 September - Penganjuran Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri...
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
