Massila Terima Anugerah Buku Negara

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

DURIAN TUNGGAL 5 September – Hasil tulisan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, mendapat pengiktirafan pada Anugerah Buku Negara 2022 yang dianjurkan bersempena Ekspo Buku Malaysia.

Karya berjudul ‘Inaugural Lecture Series: Improving Technical Product Quality Through Requirements Engineering’ itu dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Perdana (Syarahan Perdana).

“Pelbagai kesukaran yang ditempuh sepanjang proses menghasilkan karya tersebut dan pastinya untuk mencapai kejayaan ia menuntut kesungguhan, ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

“Nikmat bagi seorang penulis, adalah apabila buku dihasilkan dijadikan bahan bacaan dan rujukan selain sumber ilmu kepada masyarakat,” katanya, menerusi satu kenyataan hari ini.

WhatsApp Image 2022-09-05 at 10.58.35 AM
NAIB Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin (kiri) bersama Pengarah Penerbit UTeM, Ts. Dr. Ruziah Ali

Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada majlis berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini.

Sementara itu pada majlis sama judul terbitan Penerbit UTeM iaitu ‘Pemerkasaan Aktiviti Pengkomersialan Produk Penyelidikan di Universiti’ karya Prof. Madya Dr. Norain Ismail, Dr. Zawiah Mat dan Prof. Madya Dr. Sazelin Arif turut diangkat sebagai penerima anugerah kategori Pengajian Tinggi (Buku Perniagaan dan Ekonomi Terbaik).

Penglibatan dan komitmen Penerbit UTeM dalam menerbitkan karya-karya ilmiah semenjak tahun 2004 juga mencipta kejayaan yang tersendiri apabila turut menerima anugerah bagi kategori Penerbit Universiti Berpotensi.

Pengarah Penerbit UTeM, Ts. Dr. Ruziah Ali berkata, tiga Anugerah Buku Negara itu diharap menyuntik semangat kepada barisan penulis dan warga penerbit untuk terus berusaha menghasilkan bahan ilmiah berkualiti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1593
Kongsi :
Previous post Saifuddin dilantik YDP MPAG baharu
Next post Warga emas rentung dalam kebakaran di Menglembu
Ubah saiz-+=