
Menara telekomunikasi baharu di Kem Terendak akan disegerakan
PAYA RUMPUT 12 November – Masalah liputan telekomunikasi tidak memuaskan di Kem Terendak Sungai Udang boleh menemui titik noktah menerusi pembinaan menara telekomunikasi baharu.
Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin berkata, pihaknya bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan lawatan ke kem tersebut baru-baru ini bagi meninjau masalah di kawasan itu.
Katanya, menerusi lawatan itu, pihak SKMM akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Kem Terendak bagi mencari jalan terbaik bagi mempercepatkan pembinaan menara telekomunikasi tersebut.
“Di Kem Terendak memang terdapat menara telekomunikasi, tapi ada beberapa kawasan hotspot telah dikenal pasti mempunyai masalah liputan telekomunikasi tidak memuaskan.
“Justeru itu, saya sebagai Exco bersama pihak SKMM akan sedaya upaya membantu supaya pembinaan menara telekomunikasi ini dapat disegerakan.
“Saya yakin dan percaya isu ini boleh diselesaikan dengan kadar segera dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Surau Al-Jannah di Taman 1 Krubong, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
