
3,000 pengunjung banjiri Taman Seribu Bunga, rai tahun baharu
AYER KEROH 1 Januari – Lebih 3,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka membanjiri sambutan hari terakhir Pesta Bunga Melaka 2022 malam tadi.
Kehadiran pengunjung di Taman Seribu Bunga itu sekali gus bagi meraikan sambutan ambang tahun baharu 2023.
Pelbagai gelagat mencuit hati daripada pengunjung apabila ada antara mereka menari bersama ahli keluarga sewaktu persembahan nyanyian disampaikan Kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Biarpun sambutan tahun baharu kali ini bersederhana namun semangat ditonjolkan pengunjung dengan membawa ahli keluarga ternyata membawa ikatan kekeluargaan yang kukuh.

Pada sambutan itu juga turut diadakan aktiviti cabutan bertuah bagi meraikan pengunjung yang hadir.
Untuk rekod Pesta Bunga Melaka 2022 diadakan selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember (semalam).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
