‘2022 tutup buku’: Imbasan September 2022

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

1 Sept 2022

Elaun Pegawai Syarak Melaka dinaikkan 

BANDAR MELAKA – Kerajaan Negeri mengumumkan elaun Pegawai Syarak Melaka dinaikkan RM50 hingga RM200 berkuat kuasa Oktober 2022.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kenaikan itu membabitkan 1,100 Pegawai Syarak terdiri daripada imam, bilal, noja dan pengurus jenazah wanita dari 185 buah kariah masjid di seluruh negeri.

5 September 2022

Aaron-Woi Yik terima ‘durian runtuh’ RM500,000

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hari ini menerima insentif berjumlah RM500,000 atas kejayaan mereka merangkul gelaran dunia sulung buat Malaysia, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata daripada jumlah itu, mereka menerima RM250,000 setiap seorang daripada badan induk berkenaan serta beberapa penaja rasmi lain.

15 September 2022

Bekas Presiden MIC Samy Vellu meninggal gunia

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi.
Mendiang berusia 86 tahun.
Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam.

16 September 2022

Lautan manusia meriahkan Hari Malaysia di Melaka

BANDA HILIR – Lautan manusia menggamatkan suasana sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, di sini.
Seawal jam 3 petang lagi, pengunjung mula tiba di lokasi sambutan bagi memeriahkan sambutan yang julung kali diadakan di Semenanjung Malaysia dengan bertemakan nuansa 60-an.

21 September 2022

Mantan Ketua Menteri Melaka ke-5 meninggal dunia

AYER KEROH – Mantan Ketua Menteri Melaka ke-5, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam meninggal dunia, 21 September lalu.
Allahyarham berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka bagi tempoh 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982.

20 September 2022

Melaka cipta sejarah raih emas angkat berat wanita buat kali pertama

AYER KEROH – Ilmu ditimba daripada pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Hidilyn Diaz banyak membantu gadis 13 tahun dari Jasin menyumbang emas dalam sukan angkat berat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 20 September lalu.
Kemenangan atlet termuda, Nurul Syasya Khairina Syamsur itu, juga mencipta sejarah baharu buat Negeri Melaka apabila buat pertama kalinya membawa pulang emas dalam acara angkat berat pada temasya Sukma.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5187
Kongsi :
Previous post ‘2022 tutup buku’: Imbasan Ogos 2022
Next post 3,000 pengunjung banjiri Taman Seribu Bunga, rai tahun baharu
Ubah saiz-+=