‘2022 tutup buku’: Imbasan Ogos 2022

Masa Membaca:1 Minit, 54 Saat

8 Ogos 2022

Melaka diiktiraf antara negeri paling bahagia di Malaysia

BANDA HILIR Pengiktirafan Bandar Paling Bahagia, kepada empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, sekali gus mengangkat Melaka sebagai antara negeri paling bahagia di Malaysia.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, menerusi Ranking Indeks Kebahagiaan Program Murninets 2021 semua PBT telah menerima pengktirafan berbanding cuma dua pada 2020.

18 Ogos 2022

Toh Puan Zurina meninggal dunia

Melaka – Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob iaitu Toh Puan Zurina Kassim, 78, meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, 10.10 pagi, 18 Ogos lalu.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, majlis penghormatan terakhir dijangka diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh dan dikebumkan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.

ogos (toh puan zurina)
TOH Puan Zurina, isteri mantan Yang di-Pertua Negeri meninggal dunia. Foto Iqmal Haqim Rosman

24 Ogos 2022

Ismail Sabri ketuai penerima Darjah Kebesaran Melaka

SERI NEGERI – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului 883 individu menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2022 sempena Sambutan Hari Jadi Ke-73 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dalam satu kenyataan memaklumkan Ismail Sabri bakal menerima Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

28 Ogos 2022

Anak Melaka bergelar juara dunia

AYER KEROH 28 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun.
Katanya, kejayaan itu sungguh membanggakan untuk Malaysia dan juga Negeri Melaka memandangkan Aaron Chia merupakan anak kelahiran negeri ini.

31 Ogos 2022

10,000 rai merdeka di Dataran Sejarah Ayer Keroh

AYER KEROH – Meskipun tiada perarakan, sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Melaka 2022 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, tetap meriah dengan dihadiri lebih 10,000 pengunjung.
Sambutan berkenaan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1754
Kongsi :
Previous post Dua cedera bas ekspres terbalik di Lebuh Raya PLUS
Next post ‘2022 tutup buku’: Imbasan September 2022
Ubah saiz-+=