BERBEZA PARTI BUKAN ALASAN PUTUS SILATURAHIM – ALONG

Masa Membaca:49 Saat

ASAHAN 31 Oktober – Perbezaan fahaman politik sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak seharusnya menjejaskan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan berharap penyokong parti bertanding bersaing secara sihat sepanjang tempoh kempen PRN ke-16 dan kembali hidup dalam suasana harmoni selepas proses demokrasi itu selesai.

“Kita hanya berperang atau berkempen selama dua minggu ini untuk menegakkan parti masing-masing. Maka selepas itu kita tetap akan bersama-sama juga.

“Yang paling penting semua pengundi saya nasihatkan jaga silaturahim sesama kita dan jagalah kesihatan kepada semua jentera juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas proses penamaan calon bagi DUN Asahan di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Teknorat ADTEC JTM Kampus Selandar, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau disahkan layak bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Asahan dalam saingan dua penjuru bersama calon Pakatan Harapan (PH), P Denesh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

333
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: CALON TERTUA BERUSIA 66 TAHUN
Next post LEBIH 30,000 KANAK-KANAK DI MELAKA TERIMA MANFAAT PENDIDIKAN AWAL KEMAS