
Sidang DUN Melaka 13 hingga 16 Mac – Speaker
AYER KEROH 8 Mac – Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan mula bersidang selama empat hari bermula 13 sehingga 16 Mac ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum berkata persidangan berlangsung selama empat hari itu akan turut membentangkan sebanyak dua usul.
“Pada hari pertama (13 Mac) adalah pembukaan persidangan yang dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sesi soalan lisan.
“Setakat ini kita menerima 118 soalan lisan dan 91 soalan bertulis yang dikemukakan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.
Menurutnya, usul pertama yang akan dibentangkan pada persidangan DUN kali ini adalah ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang merasmikan pembukaan persidangan dewan.
Manakala, usul kedua ialah penubuhan Tabung Amanah Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan Tabung Amanah Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KONSEP ‘GLAMPING’ BAKAL DIPERKENALKAN DI TASIK CHIN CHIN
AYER KEROH 28 Jun - Taman Ekstrem Tasik Chin Chin (TETC) bakal dinaik taraf menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk pengenalan konsep...
MPJ PRIHATIN: ‘KINI SAYA BOLEH TIDUR LENA’
RIM 28 Jun - Rata-rata penerima bantuan baik pulih rumah menerusi Program Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Prihatin sempena Wakil Rakyat...
TANJUNG BIDARA DUN PERTAMA DIPILIH LOKASI PENGANJURAN INTRADE DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 28 Jun - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menjadi DUN Pertama di Melaka yang dipilih dipilih...
LAUTAN CAHAYA, RIBUAN ANAK MUDA ‘MELAYAR JIWA’ DI AYER KEROH
AYER KEROH 28 Jun - Cahaya ribuan lampu telefon bimbit yang bergemerlapan memenuhi ruang Stadium Mini Bistari Ayer Keroh, malam...
ANUGERAH PERDANA BELIA JULAI INI, PENGIKTIRAFAN UNTUK ANAK MUDA MELAKA
RIM 28 Jun – Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 dijangka diadakan pada 8 Julai 2026 sebagai...
WRUR RIM : PENDEKATAN TURUN PADANG TERBUKTI BERKESAN SELESAI ADUAN RAKYAT
RIM 28 Jun - Hanya 50 aduan direkodkan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim...
