IPK Melaka cakna kesihatan mental pegawai dan anggota

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 8 Mac – Pelbagai program kesihatan dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka termasuk berkaitan kesihatan mental sebagai langkah memastikan pegawai dan anggotanya memiliki tahap kesihatan yang baik dalam melaksanakan tugas.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah berkata, selain penganjuran program, unit integriti kerap turun padang memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota mengenai kaedah menangani isu boleh menjejaskan prestasi kerja mereka.

“Kami di IPK Melaka memang ada pasukan kaunselor untuk memberi khidmat nasihat kepada pegawai dan anggota berdepan masalah, tidak boleh terus rujuk mereka ke pakar psikatrik. Kaunselor terlebih dahulu akan kenal pasti masalah dan tingkah laku sebelum memutuskan untuk rujuk atau sebaliknya.

“Menerusi pemeriksaan dan khidmat nasihat daripada kaunselor belum ada yang terkesan (kesihatan mental) dan di IPK Melaka ini kami mempunyai bilangan kaunselor yang mencukupi,” katanya ketika ditemui pada Program Derma Darah Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 Peringkat Kontinjen Melaka, di sini, hari ini.

Razali berkata IPK Melaka aktif menganjurkan program kesedaran pergaulan dalam kalangan pegawai dan anggota amat perlu bagi mengelakkan daripada ada yang mengalami kemurungan.

Sementara itu mengulas mengenai penyalahgunaan dadah beliau berkata, saringan secara rawak kerap dilakukan untuk mengesan jika ada dalam kalangan pegawai dan anggota mengambil barang terlarang itu.

Terdahulu Razali bersama warga IPK Melaka meluangkan masa untuk menderma darah dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma dijalankan pegawai perubatan Kemanterian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1645
Kongsi :
Previous post JKM siasat dakwaan hidangan PPS busuk, tak berkualiti
Next post Sidang DUN Melaka 13 hingga 16 Mac – Speaker
Ubah saiz-+=