TYT rasmi Majlis Konvokesyen KAQSA

Masa Membaca:55 Saat

BANDA HILIR 8 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam hadir merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-10 Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) di sebuah hotel di sini hari ini.

Pada majlis konvokesyen itu, Mohd Ali menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada 48 pelajar kolej terbabit.

Daripada jumlah itu, seramai lima pelajar menerima empat anugerah tertinggi KAQSA iaitu Anugerah Sayyidina Ali (Tokoh Huffaz); Anugerah Asy-Syatibi (Syu’bah Qiraat), Anugerah Al-Qaradawi (Syu’bah Pengurusan Halal) dan Anugerah Penulisan Al-Quran (Tahriri) Terbaik.

Manakala seramai 43 pelajar menerima Anugerah Kecemerlangan Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran, Anugerah Muaz Bin Jabal (Khatam dalam tempoh setahun pengajian) dan Anugerah Anas Bin Malik (khatam dalam tempoh dua tahun pengajian).

Hadir sama, Penasihat KAQSA merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud; Pengerusi KAQSA merangkap Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat dan Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Terdahulu, Mohd Ali menyempurnakan lafaz perasmian selepas ucapan Ketua Menteri yang dibaca oleh Md Rawi dalam majlis tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1379
Kongsi :
Previous post Sidang DUN Melaka 13 hingga 16 Mac – Speaker
Next post Peniaga makanan diingatkan jaga kebersihan premis – MPJ
Ubah saiz-+=