
Ajal isteri, motosikal rempuh monyet
ALOR GAJAH 13 Mac – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas motosikal dinaiki melanggar seekor monyet sebelum terbabas dalam kemalangan di Jalan Lubok China di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Mesah Puteh, 70 yang membonceng motosikal jenis Y100 disahkan meninggal dunia di hospital manakala suaminya yang menunggang motosikal berkenaan berusia 76 tahun luka ringan di bahagian kaki.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan mendapati pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari pekan Lubok China pulang ke rumah mereka di Ramuan China Kecil.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki dipercayai merempuh seekor monyet sebelum terbabas di kiri jalan.
“Akibat kemalangan itu penunggang dan pembonceng terjatuh dan mengalami kecederaan.
“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah sebelum pembonceng yang juga isteri penunggang meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 1.59 petang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata saksi awam berhubung kes berkenaan diminta tampil untuk menyalurkan maklumat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF TITIP TIGA PESANAN KEPADA GENERASI MUDA MELAKA
LENDU 7 Mac - Mengejar ilmu, memelihara integriti dan menanam rasa cinta kepada negara antara tiga pesanan utama Ketua Menteri...
MELAKA MAHU LAHIRKAN PEMIKIR MUDA BERINTEGRITI
LENDU 7 Mac - Pelajar Tingkatan Enam di negeri ini disaran untuk menjadi pemikir muda yang berintegriti serta mampu menilai...
AL-AZHAR SETUJU JADIKAN UNIMEL PUSAT PASCASISWAZAH
PENGKALAN BATU 6 Mac - Al-Azhar Al-Sharif iaitu institusi pendidikan agama Islam terbesar dunia di Mesir bersetuju menjadikan Universiti Islam...
MELAKA PERUNTUK RM13.7 JUTA BELA KEBAJIKAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN, SYAWAL
PENGKALAN BATU 6 Mac - Sejumlah RM13.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membela kebajikan rakyat memerlukan sempena Ramadan dan Syawal...
GAGASAN MESRA BUKTI KERAJAAN MELAKA SENTIASA DI SISI RAKYAT
PENGKALAN BATU 6 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) menjadi bukti bahawa Kerajaan Melaka sentiasa di sisi rakyat, berkongsi...
KABINET LULUS KERTAS DASAR TUBUH SURUHANJAYA EKONOMI GIG MALAYSIA
PENGKALAN BATU 6 Mac - Kebajikan pekerja 1.2 juta pekerja gig di negara ini bakal terbela selepas jemaah menteri meluluskan...
