Sidang DUN Melaka penggal kedua dibuka tirai secara rasmi

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 13 Mac – Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas dibuka tirai secara rasmi di Seri Negeri, hari ini.

Persidangan itu dirasmikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam.

Terdahulu, Tun Mohd Ali bersama isteri Toh Toh Puan Asmah Abdul Rahman tiba di pekarangan Seri Negeri pada jam 9.48 pagi.

Ketibaannya disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

Alunan lagu Negaraku dan Melakaku Maju Jaya dipersembahkan oleh Brass Band Rejimen Ke-2 Kor Amor Diraja Kem Sunggala Port Dickson sewaktu ketibaan Tun Mohd Ali.

Beliau kemudiannya berarak masuk ke Dewan Undangan Negeri bagi menyampaikan ucapan pembukaan persidangan.

Sidang DUN kali ini berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan akan berakhir pada Khamis (16 Mac).

Difahamkan terdapat 118 soalan lisan dan 91 soalan bertulis telah dikemukakan bagi persidangan kali ini.

Terdapat dua usul dibawa Kerajaan Negeri iaitu Ucapan Terima Kasih TYT Tun Merasmikan Pembukaan Persidangan Dewan dan Penubuhan Tabung Amanah Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan Tabung Amanah Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1447
Kongsi :
Previous post Ajal isteri, motosikal rempuh monyet
Next post Ketua Pembangkang tidak hadir Sidang DUN
Ubah saiz-+=