Sorting by

×

Bantuan akan disalur kepada Orang Asli terjejas banjir – TPM

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 13 Mac – Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara menyeluruh menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kepada orang asli yang terkesan bencana banjir di Negeri Johor dan Pahang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bantuan yang diberikan selain melalui Jawatankuasa Bencana Pusat dan Daerah, bantuan itu turut merangkumi insfrastruktur, jalan dan pelbagai lagi.

Katanya, beliau akan meminta Ketua Pengarah JAKOA, Sapiah Mohd Nor untuk terus turun ke kedua-dua negeri dan melihat apa keperluan lain yang diperlukan dalam usaha membantu mereka yang terkesan akibat bencana alam itu.

“Untuk bencana banjir di Johor dan Pahang, kita akan minta JAKOA menghulurkan bantuan selain daripada bantuan yang diberikan oleh Jawatankuasa Bencana Pusat di peringkat negeri dan daerah.

“Saya akan meminta Ketua Pengarah JAKOA sendiri turun ke bawah, mungkin kerosakan bukan hanya infrastruktur dan jalan.

“Tapi (dari segi) perkakasan rumah, pembaikan rumah perlu dilakukan dan saya akan koordinasikan dengan JAKOA,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini malam tadi.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, bagaimanpun ketika ditanya mengenai jumlah Orang Asli yang terkesan di kedua-dua negeri akibat banjir, pihaknya belum menerima jumlah rasmi lagi.

“Berapa ramai Orang Asli terkesan, saya belum dapat jumlah rasmi, namun bantuan tetap akan diselaraskan buat mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1517
Kongsi :
Previous post 3,200 pengunjung meriahkan Raptor Watch 2023 di Tanjung Tuan
Next post Ajal isteri, motosikal rempuh monyet
Ubah saiz-+=