
Wanita hamil lima bulan maut kemalangan
MACHANG, 23 Mac – Seorang wanita hamil lima bulan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan dua kereta dalam kemalangan di Jalan Kemuning-Bukit Bakar di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Adli Mat Daud berkata dalam kejadian 7.13 petang itu, Che Suriani Mahmod, 22, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Machang.
“Siasatan awal mendapati mangsa sedang menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC dari arah Kuala Krai telah memasuki laluan bertentangan sebelum terlanggar bahagian kiri sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki yang cuba mengelak mangsa.
“Mangsa yang hilang kawalan melanggar pula sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang wanita yang berada di belakang Proton Wira itu. Kejadian menyebabkan mangsa kemudian tercampak ke tengah jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TEROKA PELANCONGAN SUKAN, SASAR ACARA BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka sedang meneroka pelancongan sukan sebagai produk baharu bagi menarik lebih ramai pelancong menerusi penganjuran...
MELAKA ‘MESRA’ KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 3 Oktober - Agenda kesihatan rakyat Melaka terus diperkasa menerusi pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan penyakit, saringan awal,...
SENTUHAN TOK RAUF PASTIKAN RAKYAT TANJUNG BIDARA SELESA
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Meskipun infrastruktur asas di Tanjung Bidara berada pada tahap baik, aspek penyelenggaraan serta keperluan kecil...
MASJID AL-JAWAHIR, WARISAN 115 TAHUN YANG TERUS DIIIMARAH
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Berdiri sejak 1911, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak bukan sekadar menjadi tempat ibadah masyarakat setempat, malah...
7 TAHUN DALAM ‘GELAP’, HAMDAN RINDU KEMBALI BEKERJA
KOTA LAKSAMANA 3 Oktober - "Meskipun tahu mata saya mungkin tidak akan pulih sepenuhnya, harapan saya cuma satu, untuk terus...
ZOO MELAKA ADA ‘BOARDWALK’ BAHARU, PENGUNJUNG LEBIH SELESA
AYER KEROH 3 Oktober - Laluan pejalan kaki atau 'boardwalk' sepanjang kira-kira 800 meter di Zoo Melaka kini dinaik taraf...
