Hayati falsafah Ramadan – Mufti Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TANJUNG BIDARA 23 Mac – Umat Islam seluruh Negeri Melaka diminta agar memulakan hari pertama Ramadan 1444H/2023M dengan menghayati falsafah bulan mulia itu.

Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil meminta Umat Islam agar menggunakan kesempatan berjumpa semula Ramadan dengan mengimarahkan masjid dan surau menerusi amalan yang dilipat ganda pahalanya oleh Allah S.W.T.

“Jadikan Ramadan sebagai bulan untuk kita menyatukan seluruh ahli masyarakat tanpa mengira fahaman atau pandangan.

“Hidupkan Ramadan dengan perkara makruf yang mendekatkan kita kepada Allah S.W.T harapkan keampunan dan keredaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1444H/2023M Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang turut meluangkan masa mencerap anak bulan Ramadan.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Rosli Abdullah, Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Adun Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1113
Kongsi :
Previous post 9 masjid, 22 surau terima sumbangan kurma
Next post Wanita hamil lima bulan maut kemalangan
Ubah saiz-+=