
PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
PDRM dalam kenyataan malam ini memaklumkanĀ akaun berkenaan adalah palsu denganĀ menggunakan nama dan gambar Ayob Khan untuk menarik pengikut di aplikasi tersebut.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan akaun itu dan sentiasa merujuk sumber yang sah bagi mendapatkan informasi yang tepat dan sahih,” menurut kenyataan itu.
Akaun tersebut yang mempunyai lebih 70,000 pengikut memuat naik pelbagai gambar dan video berkaitan Ayob Khan yang menyarung pakaian uniform.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PILIHAN PEMAJU HARTANAH
PAYA RUMPUT 14 Februari - Peningkatan jumlah syarikat pemaju perumahan yang bertapak di Melaka secara tidak langsung membuktikan negeri ini...
SURI RUMAH DI PAYA RUMPUT ‘DILINDUNGI’
PAYA RUMPUT 14 Februari - Suri rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara golongan yang mendapat...
MELAKA SASAR KADAR PEMILIKAN RUMAH MENINGKAT 88 PERATUS MENJELANG 2030
PAYA RUMPUT 14 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan agenda pemilikan rumah rakyat sebagai keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri...
RAKYAT PAYA RUMPUT BERSYUKUR MILIKI KERAJAAN PRIHATIN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Rata-rata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput meluahkan rasa syukur kerana memiliki...
PAYA RUMPUT LANCAR TABUNG AMAL PENDIDIKAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Tabung Amal Pendidikan Paya Rumput bakal diperkenalkan sebagai antara usaha memperkasa kebajikan pendidikan anak-anak di...
SYIAR ISLAM SUBUR DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 14 Februari - Syiar Islam terus subur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerusi pelbagai pembangunan infrastruktur...
