
Tragedi tukar lorong
ALOR GAJAH 5 Mei – Penyelia tapak maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima di Kilometer 192.6 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, pemandu kereta Mohd Selamat Besar, 41, disahkan maut di lokasi kemalangan, manakala pemandu serta penumpang Toyota Estima mengalami luka pada badan di rawat di zon kuning Hospital Melaka.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah Mitsubishi Lancer dan Toyota Estima dinaiki empat warga Singapura.
“Kedua-dua kenderaan dari arah Johor menghala ke Melaka. Berdasarkan siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Estima berada di lorong kiri mengubah laluan ke lorong kanan.
“Toyota Estima bergesel dengan kereta dipandu mangsa yang ketika itu berada di lorong kanan,” katanya katanya ketika dihubungi.
Arshad berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.
“Kedua-dua kenderaan kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) selain kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR RIM: MPJ PRIHATIN BAIK PULIH LIMA RUMAH UZUR
RIM 26 Jun - Sebanyak lima rumah uzur telah dinaik taraf dan dibaik pulih Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kos...
SEMANGAT HIJRAH PEMANGKIN BUDAYA KERJA WARGA CMI
AYER KEROH 26 Jun - Semangat hijrah bukan sekadar mengimbau perjalanan agung Rasulullah SAW, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya...
PRESTASI SEMUA PBT DI MELAKA PADA TAHAP TERBAIK
BEMBAN 26 Jun - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka menunjukkan prestasi yang terbaik dan komited untuk memberikan perkhidmatan...
BATIK ‘CLAY’ PRODUK KEBANGGAAN RIM
RIM 26 Jun - Juara dalam penghasilan batik bermutu dengan motif menarik di negara ini pada kebiasaannya dikaitkan dengan perusahaan...
MAJORITI VETERAN ATM PILIH KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA KEDUA
BANDA HILIR 26 Jun – Kira-kira 60 hingga 70 peratus veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya...
MPHTJ PERKETAT SYARAT CCC, PEMAJU WAJIB GUNA POKOK TEMPATAN
BEMBAN 25 Jun - Semua pemaju perumahan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diwajibkan menggunakan spesies pokok...
